Wednesday, January 9, 2008

Adakah PKR telus juga ?cerita disebalik keluarnya Ezam

Ketelusan Perlu Bermula Dari PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melaung seantero negara supaya kerajaan dan Barisan Nasional lebih telus (Transparency)dan mempunyai pertanggungjawaban (accountability). Ini juga yang dilaung-laungkan sebagai salah satu manifesto atau agenda PKR dan Anwar.Jika saya bangkitkan semula mengenai sikap Anwar di dalam kerajaan yang jauh dari nafas ketelusan; bagaimana sikap beliau ketika menjelaskan isu kerugian Bank Negara Malaysia, kempen politik pemilihan UMNO 1993, APCET II dan tragedi Kampung Rawa,tentulah ramai yang akan berkata ini cerita lama.Baiklah. Katakan Anwar sudah berubah dari seorang politikus yang bijak menjadi seorang politikus yang jujur, telus dan lurus.Justeru kita ingin bertanya Anwar, apa sudah jadi dengan isu-isu penyelewengan kewangan dan pembabitan beberapa pemimpin kanannya dengan dana Amerika Syarikat.Pendedahan ini bukan dilakukan oleh sembarangan. Sebaliknya dilakukan oleh Lokman Nor Adam, bekas Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan ketika itu.1. Kita mahu bertanya, adakah tidak salah membawa masuk wang tunai berjuta ringgit tanpa melakukan pengisytiharan seperti yang dilakukan oleh Ezam Mohd Noor? Sehingga hari tiada saman ke atas Lokman sedangkan Datuk Seri diketahui suka menyaman orang lain jika dirasakan beliau benar.2. Apakah benar Keadilan menerima pelbagai dana asing untuk kempen politiknya? Menurut pengakuan bersumpah Lokman Nor Adam di masjid negara beberapa tahun lalu, Tien Chua (melalui teman wanitanya) pernah mengaturkan satu pertemuan dengan ‘penyangak mata wang’ George Soros (berbangsa Yahudi) yang dihadiri oleh Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah pada sekitar tahun 2002 bertujuan untuk meminta dana untuk mengerakkan parti Keadilan. Benar atau tidak? Bolehkah sebuah parti politik menerima dana atau sumbangan asing tanpa membuat penyistiharan?3. Lokman juga mendedahkan bagaimana Khalid Jaafar mempunyai wang berjuta ringgit di Citibank New York. Dari mana wang ini datang? Adakah dibuat pengiytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? Jika tidak, adakah ini ciri-ciri yang betul untuk menjadi sebuah parti yang kononnya ingin membawa perubahan kepada pemerintahan yang lebih telus dan terbuka?Pendedahan Lokman Nor Adam benar-benar menjejaskan PKR. Akibatnya Anwar terpaksa meminta orang kuatnya dan yang menjadi sasaran Lokman, Ezam Mohd Noor keluar parti dan menubuhkan Gerak.Bukankah ini satu usaha menutup cerita sebenar? Jika isu dalam PKR, sebuah parti kecil pun Anwar tidak boleh berlaku telus dan akauntabiliti, apakah kita percaya Anwar boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik, telus dan terbuka?PKR juga perlu menjelaskan kepada umum terutama ahli parti mengenai apa yang terjadi kepada pelbagai dana yang disumbangkan. Lihat apa yang ditulis oleh bekas Pengendali Laman Web Free Anwar Campaign (FAC),
"One day, around August 2004, one of Anwar’s lawyers called me aside and asked me, “How much money has the Free Anwar Campaign (FAC) received from donors?” Not one cent, I replied. Okay, Wan Azizah did donate RM1,000 at the launch of the FAC in August 2000 and Anwar’s brother gave RM2,000 once in the five years that the FAC was in operation. Another supporter donated a notebook computer to replace the one that was confiscated by the police in March 2001. But that was about it.“But there are those who claim to be directors of the FAC who have received a lot of donations from all over the world. Don’t tell me they did not give you anything.”“With God as my witness, not a cent,” I replied.“What the hell!” the lawyer said. “They are using FAC’s name to collect money. If they are not passing you any, then you might as well just close the FAC. Why let them use the FAC to make money?”“I will close it the day Anwar walks free and not a day earlier,” I told the lawyer.Jika di dalam UMNO atau Barisan Nasional wujud korupsi dan kronisme ia adalah lumrah politik. Bila ada kuasa dan kekayaan maka di situ akan wujud masalah akhlak dan moral. Namun jika dalam parti yang miskin, kekurangan dana dan pengikut bergolok bergadai, pemimpin Keadilan/PKR "merompak" wang sumbangan untuk parti, apakah kita boleh percaya kepada mereka ini jika berkuasa?Anwar dan malaysia-TodayAnwar bercakap soal kebebasan bersuara dan mengkritik. Namun apakah Anwar sendiri mempraktikkannya? Sekali lagi kita tinggalkan sahaja cerita lama bagaimana Anwar meletakkan Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah dalam media utama negara bagi menjaga kepentingan beliau. Anwar juga mengarahkan Nazri Abdullah menghentikan ruangan Biar Putih Tulang (Berita Harian) yang ditulis oleh Kadir Jasin menggunakan nama pena Kunta Kinte kerana ruangan tersebut pernah sekali mengkritik beliau. Kita tinggalkan juga cerita Anwar mengarahkan Utusan dan Berita Harian, supaya penulis-penulis dari tangki pemikirnya (think tank) seperti Sidiq Fadzil dan Rustam A. Sani diberi ruang yang luas untuk menulis tanpa disunting. Kita lupakan semua itu.Tapi Anwar selepas memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan media turut menutup sebuah kolum kecil dalam Malaysia-Today.Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004,
"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini. Lihatlah Anwar jika beliau mempunyai sedikit kuasa pun akan digunakan sepenuhnya, apatah lagi jika memerintah negara.Pada Mei 2007, Anwar dilaporkan berkata, "Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti. Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan." Percayakah sesiapa sahaja bahawa sebuah Yayasan yang ditubuh dan dirasmikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat tidak mendapat sesen pun sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Rumah Putih?Ketelusan yang diperjuangkan oleh Anwar bukan sahaja bercorak artificial (palsu) malah mudah sekali dikesani penipuannya.Ditambah lagi dengan rekod politik Anwar ketika berada di dalam UMNO dahulu, maka jika ada sesiapa yang mengharap PKR dan Anwar akan menjadi lebih telus dan terbuka dari BN, hanya bermimpi di siang hari.

Open Letter to Hindraf and Anwar

Surat Terbuka Buat Penyokong HindrafPosted on Tuesday, December 04 @ 12:01:35 MYT
Sdr Editor!
Sekiranya anda merasakan Kerajaan Negara Malaysia melakukan kekejaman, penindasan dalam pelbagai aspek ke atas orang seperti anda maka berhijrahlah ke negara yang pada pandangan anda lebih demokratik dan lebih prihatin kepada hak minoriti seperti Australia, New Zealand, Canada, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Namun jika anda berhijrah ke negara tersebut pastikan anda memperolehi perkara-perkara berikut di negara berkenaan :
1. Sistem persekolahan ala Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.
2. Sistem peperiksaan yang menggunakan bahasa Tamil dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran negara berkenaan.
3. Penerbitan buku pelajaran dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh pihak kerajaan negara berkenaan.
4. Siaran Radio dalam bahasa Tamil yang dibiayai sepenuhnya oleh negera berkenaan.
5. Siaran Berita TV dalam bahasa Tamil yang dilaksanakan Stesyen TV rasmi negara berkenaan.
6. Cuti khas yang digazetkan oleh kerajaan di negara berkenaan untuk sambutan Thaipusam dan Depavali.
7. Perarakan agama besar-besaran yang menarik jutaan pengunjung sehingga menganggu kelancaran lalu lintas di hari Taipusam di negara berkenaan.
8. Sebuah kuil yang besarnya seperti Kuil Batu Cave di negara berkenaan.
9. Sebuah patung emas yang besarnya menyamai patung yang ada di Kuil Batu Cave.
10. Bina kuil di mana-mana sahaja seperti yang anda lakukan dalam negara ini termasuk “tepi jalan, tepi lebuhraya, depan hospital, tepi masjid, tepi gereja dalam kebun getah, dalam kebun kelapa sawit dan lain-lain.
11. Pastikan kuil yang anda bina tanpa mengikut peraturan dan tanpa permit tidak boleh dan tidak akan diruntuhkan oleh kerajaan di negara berkenaan.
12. Pastikan juga kumpulan anda diberi jawatan seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, ahli exco di negara berkenaan seperti mana yang ada dalam negara ini.
13. Pastikan bilangan ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri keturunan anda di negara berkenaan lebih ramai dari apa yang ada dalam negera ini
14. Pastikan juga adanya peniaga besar dari kalangan anda seperti Ananda Krishnan yang menerima pelbagai kemudahan perniagaan dari kerajaan di negara berkenaan.
15. Atau pun anda boleh pergi ke negara yang masih dibawah kekuasaan luar seperti Iraq, Afganistan atau Kurdi dan berjuanglah bersama-sama rakyat mereka menuntut kemerdekaan.
Apabila kemerdekaan tercapai pastikan anda juga diberikan hak kewarganegaraan oleh penduduk asal negara berkenaan.
Sekiranya anda mampu melakukan perkara di atas di negara berkenaan saya rela serahkan jari telunjuk saya untuk di potong.
Mohd Anuar Ismadi

Sandiwara Anwar dlm Pilihanraya ini

Anwar, Populariti Murahan Dan Sandiwara JanjiPosted on Wednesday, December 26 @ 15:50:16 MYT
Ajab (anwarisme.blogspot)
Kempen Anwar Ibrahim di Pulau Pinang beberapa hari lalu sekali lagi membuktikan Anwar bukan pemimpin untuk membangunkan negara tetapi pemimpin yang mencari populariti.
Sebab itu dalam beberapa isu kajian ke atas perjalanan politik Anwar yang dipanggil Anwarisme dalam blog ini, penulis menyatakan bahawa Anwar merupakan sejenis sesumpah atau kata orang utara Pokka.
Sesumpah atau Pokka ialah sejenis binatang yang dianugerahkan Allah keistimewaan bertukar warna kulit mengikut persekitarannya.
Menurut laporan Malaysiakini.com, dalam kempen Anwar di Pulau Pinang, beliau berjanji,
"PKR policies such as the abolishment of fees from primary to tertiary level for students from poor families and the lowering of the price of oil...
Turunkan Harga Minyak
Bukankah janji-janji Anwar ini mengelirukan dan tidak mungkin dilaksanakan? Ketika harga minyak dunia senang meningkat ke paras tertinggi, Anwar berjanji mahu menurunkannya di Malaysia.
Cakap sedemikian mungkin menyeronokan rakyat tetapi apakah ia boleh dilaksanakan selama-lamanya atau sekadar setahun dua sebelum menaikkannya kembali dengan kadar yang lebih besar.
Kenyataan ini juga aneh kerana ketika krisis kewangan 1997, Anwar merupakan penyokong kuat polisi International Monetary Fund (IMF) yang antara lain menyarankan penghapusan subsidi petrol dan lain-lain dasar perlindungan ekonomi?
Anwar tidak perlulah menunjukkan beliau pembela rakyat sedangkan pada 1997, dasar kewangan beliau termasuk menaikkan kadar faedah sehingga berbelas peratus telah menyebabkan ramai eksekutif muda muflis (hutang kad kredit), banyak syarikat perniagaan kecil tumbang atau ditelan oleh syarikat besar kerana menghadapi masalah hutang akibat kenaikan Kadar Faedah.
Banyak juga syarikat perniagaan "bungkus" kerana dasar ekonomi Anwar ketika itu sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Jika dibandingkan sedikit kenaikan harga petrol sekarang dengan masalah kehilangan pekerjaan zaman Anwar dulu mana lebih baik?
Memang benar Anwar juga berjaya memacukan ekonomi negara antara tahun 1991 - 1996. Tapi bukankah ketika itu Anwar mewarisi fundemental ekonomi yang telah dibuat oleh Tun Daim Zainuddin?
Kejayaan Anwar pada tahun-tahun tersebut turut dibayangi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ketika itu Anwar belum berani "menari". Anwar dilihat banyak mengikut telunjuk Dr. Mahathir dalam bidang ekonomi.
Namun krisis 1997 dilihat Anwar sebagai peluang terbaik beliau untuk menjadi peneraju baru ekonomi negara dan kepimpinan UMNO.
Sebagai Presiden Bank Dunia ketika itu, Anwar berucap menyokong polisi-polis IMF sekaligus secara lembut menempelak ucapan Mahathir dalam Forum Kewangan di Hong Kong pada 1997.
Sekarang Anwar mahu menurunkan harga petrol? Bukankah ini satu bentuk subsidi dan ekonomi perlindungan?
Hapuskan Yuran Pengajian Tinggi
Anwar berjanji untuk menghapuskan yuran pengajian tinggi jikan Parti Keadilan rakyat menang.
Apa yang Anwar buat ketika ia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? Perkenalkan Pengkorporatan Universiti bagi menjimat kewangan kerajaan!
Jika tidak kerana mendapat tentangan serius dari para mahasiswa Universiti Malaya ketika itu pastinya hari ini yuran pengajian Universiti Malaya akan naik berpuluh kali ganda.
Jadi mengapa bila tiada jawatan baru mahu berjanji yang muluk-muluk? Bukanlah bermakna kita mahu menafikan jasa-jasan Anwar dalam kerajaan atau kebolehan Anwar menjadi Menteri.
Cuma yang kita mahu nyatakan ialah, bercakap memang mudah, tapi untuk membuatnya bukanlah semudah cakap berbelit-belit memutarkan janji dan idea.
Anwar sudah diberi peluang tetapi beliau tidak melaksanakannya. Bukan beliau tidak mahu melaksanakannya tetapi beliau sendiri sedar bahawa ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Justeru untuk apa beliau mengungkapkan janji-janji karut marut seperti ini?
Anwar Menjadi Hindu?
Anwar juga menyebarkan khabar angin palsu kononnya UMNO menuduh beliau menjadi Hindu. Ini politik lama Anwar. Membuat fitnah untuk diri sendiri bagi meraih simpati.
Tiada siapa pun yang mendakwa Anwar menjadi Hindu. Tiada ahli UMNO yang begitu bodoh untuk mendakwa Anwar menganut agama Hindu.
Tiada seorang manusia pun di Malaysia akan percaya Anwar akan menjadi Hindu biarpun kita tahu bekas Timbalan Perdana Menteri ini peminat nombor satu filem Hindi.
Jika ada pun cakap-cakap di Pulau Pinang sekarang ialah Anwar sudah menjadi penyokong Hindraf, sebuah kumpulan esktremis agama Hindu.
Cakap-cakap ini tidak dapat dielakkan kerana Anwar sendiri muncul di mahakamah Klang bagi memberi sokongan moral kepada P. Uthayakumar (pemimpin nombor satu Hindraf).
Anwar mungkin pro Hindraf tetapi bukan simpati kepada kaum India. Jika beliau simpati dan mengiktiraf kaum India tentulah PKR akan meletakkan calon dari kaum India dalam pilihan raya kecil Ijok beberapa bulan lalu.
Anwar boleh terus berucap dan berkempen, namun jika beliau mahu menang pilihan raya, beliau perlu realistik dan pragmatik bukannya idealis dan populis.
Ini kerana, sejauh mana pun idea yang popular dan muluk-muluk diutarakan oleh ahli politik, akhirnya selama 50 tahun, rakyat terus mengundi untuk dasar-dasar yang pragmatik dan realistik dengan keadaan negara baik dari segi kewangan mahu pun strtafikasi sosial masyarakat.
Pengundi Malaysia sungguhpun ramai yang meminati filem Hindi tetapi tidak berfikir seperti pengarah filem Hindi.

Nik Aziz bertanding sekali lagi dlm Piliharaya...

Nik Aziz Dan Peristiwa Israk MikrajPosted on Wednesday, January 02 @ 18:48:01 MYT
Sdr Editor!
Dalam parti pembangkang khususnya Pas terus sibuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mendahului rakan-rakannya yang lain apabila menyatakan hasratnya untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Mungkin tidak seperti rakan-rakannya, Nik Aziz sebenarnya sedar SPR yang samalah juga yang membolehkan beliau menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan lebih 15 tahun.
Disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap sistem demokrasi dan perjalanan pilihanraya di negara inilah juga membuatkan beliau seperti pemimpin “menongkat langit”.
Keghairahan Nik Aziz untuk terus duduk di kerusi empuk Menteri Besar Kelantan juga menyebabkan beliau lupa dengan kata-kata yang pernah dihamburkan dulu.
Ibarat meludah ke langit. Mungkin ini pepatah yang paling sesuai buat Nik Aziz.
Jika dahulu beliaulah pemimpin yang paling lantang menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad, kini kata-kata sindiran termasuk kecaman yang pernah dillafazkannya telah terlapit ke muka sendiri.
Nampaknya segala tuduhan beliau terhadap mantan Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir sebelum Tun bersara terpalit ke muka sendiri.
Nik Aziz sepatutnya mengambil pengajaran daripada peristiwa dalam Israk Mikraj.
Sebagaimana peristiwa di dalam Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril melihat satu peristiwa di mana sekumpulan manusia yang memikul bebanan. Makin banyak bebanan dipikul makin ditambah bebanan tersebut.
Lalu bertanya Rasulullah s.a.w kepada Jibril, apakah gambaran kepada peristiwa berkenaan.
Lalu dijawab Malaikat Jibril, sesungguhnya inilah gambaran pemimpin di akhir zaman yang mana makin banyak bebanan, makin ditambah bebanan tersebut, maka akhir sekali orang yang memikul bebanan dihumban ke dalam neraka kerana tidak mampu memikulnya.
Justeru Nik Aziz selaku pemimpin dan cendekiawan Islam seperti yang diwar-warkan oleh penyokong mereka perlu memperhalusi sedalam-dalamnya peristiwa tersebut.
Pengundi DUN Chempaka

Nala cabar DSAI

Anwar Perlu Sahut Cabaran Buktikan Beliau Bukan PembohongPosted on Wednesday, January 09 @ 18:42:57 MYT
Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya segera menyahut cabaran bekas ahli yang juga rakan karibnya Datuk K. Nallakarupan berhubung cabaran untuk mendedahkan apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan masyarakat India sewaktu beliau berada dalam kerajaan dahulu.
Cabaran tersebut perlu disambut sebagai membuktikan kebenaran dan keikhlasan beliau yang ketika ini sedang ghairah menjelajah seluruh negara menyatakan Parti Keadilan akan memastikan masyarakat India tidak dipinggirkan jika beliau memegang kuasa.
Mengulas perkara tersebut bekas Setiausaha Pemuda Parti Keadilan Selangor, Wan Indera Putra Wan Ahmad berkata Anwar seharusnya tercabar dengan kenyataan rakan karibnya itu bagi membuktikan beliau bukanlah pemimpin pembohong seperti didakwa.
Jelas Wan Indera kenyataan Datuk Nalla itu perlu dipandang serius berdasarkan keakrabannya dengan Anwar lebih 30 tahun.
"Anwar sepatutnya tercabar dengan kenyataan ini dan perlu segera menyahut cabaran Nallakarupan. Jika tidak sudah pasti apa yang sedang dijanjikan Anwar ketika ini kepada masyarakat India tidak lebih sekadar umpan kosong atau satu pembohongan besar.
"Masyarakat India juga sudah pasti mahu tahu apakah sumbangan Anwar ketika berkuasa dalam kerajaan dahulu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) Datuk KS Nallakarupan yang mencabar Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mendedahkan apa yang telah dilakukannya untuk kebaikan masyarakat India sewaktu beliau berada dalam kerajaan dahulu.
Malah Nallakarupan yang juga kawan karib Anwar lebih 30 tahun lalu turut mendakwa Anwar hanya berbohong kepada masyarakat India sekarang, semata-mata untuk mendapatkan undi mereka.
Tegas Wan Indera lagi Anwar sepatutnya segera mengajak Nallakarupan untuk berdebat secara terbuka bagi membuktikan tuduhan tersebut sebagai dusta semata.
"Dengan cara ini masyarakat India akan dapat menilai apakah benar tuduhan Nallakarupan atau sememangnya Anwar hanya bermain politik.
"Kita merasakan Nallakarupan mempunyai asas dan bukti yang kukuh dalam tuduhannya. Masakan dia berani menuduh rakan karibnya sedemikian rupa sekiranya beliau tidak mempunyai peluru yang cukup untuk menembak", ujarnya.

Rakyat Terengganu serik di bawah pemerintahan PAS

Rakyat Terengganu Cukup Serik Pengalaman Empat Tahun Di Bawah PasPosted on Tuesday, January 08 @ 18:24:03 MYT
Oleh Lukman Abas
Kuala Terengganu -- Rakyat di negeri ini sudah cukup serik dengan pengalaman selama empat tahun di bawah pemerintahan Pas dan tidak mungkin mengulangi kesilapan yang serupa pada pilihanraya umum akan datang.
Malah rakyat di sini juga sudah dapat melihat dengan jelas betapa kegagalan Pas untuk membawa perubahan setelah 18 tahun memerintah Kelantan.
Demikian dinyatakan Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Yb Khazan Che Mat ketika mengulas sasaran Pas yang meletakkan negeri tersebut antara negeri yang bakal ditawan pada pilihanraya umum akan datang.
Tegas beliau tiada apa yang boleh dibanggakan Pas ketika memerintah negeri ini melainkan sejarah pemerintahan yang penuh dendam termasuk tindakan zalim menghalau kanak-kanak tadika keluar dari bangunan tempat mereka belajar.
"Apa yang mereka mampu tawarkan untuk rakyat Terengganu yang ketika ini telah menikmati pelbagai perubahan dan kemakmuran di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Adakah mereka mahu mengajak rakyat di negeri ini melihat negeri Kelantan di bawah pemerintahan mereka?.
"Bayangkan sejak mereka memerintah selama 18 tahun di Kelantan tiada sebuah masjid pun dibina. Apakah ini satu model pemerintahan yang baik", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub yang mendakwa tiga negeri iaitu Perlis, Kedah termasuk Kelantan akan jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum nanti.
Khazan yang juga Ketua Pemuda UMNO Setiu seterusnya berkata rakyat di negeri ini sudah muak dengan pelbagai retorik kosong yang ditaburkan Pas.
"Kita faham Pas terpaksa membuat kenyataan (tawan Terengganu) itu untuk menyuntik semula moral di kalangan ahlinya yang kini kian lentur untuk berdepan pilihanraya umum", ujarnya.

BPR PP rampas milik perasuah

BPR rampas harta RM30j milik pesalah rasuah
PULAU PINANG 8 Jan. – Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah merampas harta bernilai kira-kira RM30 juta milik pelaku rasuah di seluruh negara sejak dua tahun lalu.
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd. Shukri Abdull berkata, harta berkenaan merangkumi wang ringgit, kenderaan, tanah dan bangunan yang dirampas daripada mereka yang didapati bersalah oleh mahkamah.
“Jangan anggap rasuah boleh dilakukan sewenang-wenangnya kerana jika didapati bersalah, bukan sahaja masuk penjara malah harta juga dirampas.
“Kita tidak akan beri peluang kepada mereka yang melakukan rasuah,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah dan Terima Tugas antara Pengarah BPR negeri yang baru, Nooraziah Abdul Manaf dengan bekas Pengarah BPR Pulau Pinang, Ja'afar Mahad di sini, hari ini.
Nooraziah merupakan bekas Pengarah BPR Johor sementara Ja'afar pula ditukarkan ke Selangor juga sebagai Pengarah.
Menurut Mohd. Shukri, sejak beliau mengambil alih jawatan sebagai Pengarah Siasatan, fokus utama yang dilakukan ialah terhadap rampasan harta dan penyelewengan melibatkan dana kerajaan.
Pada sidang akhbar itu juga, beliau mengingatkan pengarah-pengarah BPR supaya bertindak segera ke atas kes penyelewengan yang dilaporkan oleh media.
“Keluar sahaja dalam akhbar atau televisyen, bertindak segera, jangan tunggu arahan daripada Ibu Pejabat,” katanya.
Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah memanggil 10 orang untuk memberikan keterangan berhubung kemasukan lebih 25,000 tan beras wangi dari Thailand tanpa permit import (AP).
Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull berkata, mereka dipanggil berbuat demikian setelah pihaknya menjalankan penyiasatan kes kemasukan beras wangi yang bernilai lebih RM60 juta itu sejak dua hari lalu.
‘‘Mereka terdiri daripada kakitangan Padiberas Nasional Bhd. (Bernas), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kastam Diraja Malaysia,’’ katanya.
Isnin lalu, akhbar melaporkan Bernas membawa masuk lebih 25,000 tan beras wangi tanpa AP menyebabkan 10,000 tan terkandas di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor; 10,000 tan lagi dalam kapal di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah manakala kira-kira 5,000 tan di Pelabuhan Klang, Selangor.

Anwar di Kuala Kangsar?

Selamat datang Anwar – Rafidah
PUTRAJAYA 8 Jan. – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz bersedia berdepan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mahu mencabarnya di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Menurutnya, beliau ada mendengar ura- ura Anwar mahu mencabarnya pada pilihan raya umum nanti dan tidak gentar menghadapinya.
‘‘Saya dengar Anwar Ibrahim hendak bertanding mencabar saya, jadi, selamat datanglah,” kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan dialog bersama Badan-Badan Ekonomi Melayu anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.
Terdahulu ketika mengulas kenyataan Anwar yang mahu menurunkan harga minyak seandainya dapat mengetuai kerajaan, Rafidah menyifatkan ia sebagai tindakan tidak rasional.
‘‘Hendak turun minyak apa? Minyak lenga (bijan). Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersidang tiap-tiap hari pun tidak boleh menurunkan harga minyak yang kini melambung di pasaran,” katanya.