Wednesday, January 9, 2008

Nik Aziz bertanding sekali lagi dlm Piliharaya...

Nik Aziz Dan Peristiwa Israk MikrajPosted on Wednesday, January 02 @ 18:48:01 MYT
Sdr Editor!
Dalam parti pembangkang khususnya Pas terus sibuk mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mendahului rakan-rakannya yang lain apabila menyatakan hasratnya untuk terus bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Mungkin tidak seperti rakan-rakannya, Nik Aziz sebenarnya sedar SPR yang samalah juga yang membolehkan beliau menang dan menjadi Menteri Besar Kelantan lebih 15 tahun.
Disebabkan kepercayaan yang tinggi terhadap sistem demokrasi dan perjalanan pilihanraya di negara inilah juga membuatkan beliau seperti pemimpin “menongkat langit”.
Keghairahan Nik Aziz untuk terus duduk di kerusi empuk Menteri Besar Kelantan juga menyebabkan beliau lupa dengan kata-kata yang pernah dihamburkan dulu.
Ibarat meludah ke langit. Mungkin ini pepatah yang paling sesuai buat Nik Aziz.
Jika dahulu beliaulah pemimpin yang paling lantang menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad, kini kata-kata sindiran termasuk kecaman yang pernah dillafazkannya telah terlapit ke muka sendiri.
Nampaknya segala tuduhan beliau terhadap mantan Perdana Menteri dahulu, Tun Dr Mahathir sebelum Tun bersara terpalit ke muka sendiri.
Nik Aziz sepatutnya mengambil pengajaran daripada peristiwa dalam Israk Mikraj.
Sebagaimana peristiwa di dalam Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad s.a.w bersama Malaikat Jibril melihat satu peristiwa di mana sekumpulan manusia yang memikul bebanan. Makin banyak bebanan dipikul makin ditambah bebanan tersebut.
Lalu bertanya Rasulullah s.a.w kepada Jibril, apakah gambaran kepada peristiwa berkenaan.
Lalu dijawab Malaikat Jibril, sesungguhnya inilah gambaran pemimpin di akhir zaman yang mana makin banyak bebanan, makin ditambah bebanan tersebut, maka akhir sekali orang yang memikul bebanan dihumban ke dalam neraka kerana tidak mampu memikulnya.
Justeru Nik Aziz selaku pemimpin dan cendekiawan Islam seperti yang diwar-warkan oleh penyokong mereka perlu memperhalusi sedalam-dalamnya peristiwa tersebut.
Pengundi DUN Chempaka

No comments: