Wednesday, January 9, 2008

Adakah PKR telus juga ?cerita disebalik keluarnya Ezam

Ketelusan Perlu Bermula Dari PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim melaung seantero negara supaya kerajaan dan Barisan Nasional lebih telus (Transparency)dan mempunyai pertanggungjawaban (accountability). Ini juga yang dilaung-laungkan sebagai salah satu manifesto atau agenda PKR dan Anwar.Jika saya bangkitkan semula mengenai sikap Anwar di dalam kerajaan yang jauh dari nafas ketelusan; bagaimana sikap beliau ketika menjelaskan isu kerugian Bank Negara Malaysia, kempen politik pemilihan UMNO 1993, APCET II dan tragedi Kampung Rawa,tentulah ramai yang akan berkata ini cerita lama.Baiklah. Katakan Anwar sudah berubah dari seorang politikus yang bijak menjadi seorang politikus yang jujur, telus dan lurus.Justeru kita ingin bertanya Anwar, apa sudah jadi dengan isu-isu penyelewengan kewangan dan pembabitan beberapa pemimpin kanannya dengan dana Amerika Syarikat.Pendedahan ini bukan dilakukan oleh sembarangan. Sebaliknya dilakukan oleh Lokman Nor Adam, bekas Setiausaha Kerja Angkatan Muda Keadilan ketika itu.1. Kita mahu bertanya, adakah tidak salah membawa masuk wang tunai berjuta ringgit tanpa melakukan pengisytiharan seperti yang dilakukan oleh Ezam Mohd Noor? Sehingga hari tiada saman ke atas Lokman sedangkan Datuk Seri diketahui suka menyaman orang lain jika dirasakan beliau benar.2. Apakah benar Keadilan menerima pelbagai dana asing untuk kempen politiknya? Menurut pengakuan bersumpah Lokman Nor Adam di masjid negara beberapa tahun lalu, Tien Chua (melalui teman wanitanya) pernah mengaturkan satu pertemuan dengan ‘penyangak mata wang’ George Soros (berbangsa Yahudi) yang dihadiri oleh Azmin Ali, Khalid Jaafar dan Wan Azizah pada sekitar tahun 2002 bertujuan untuk meminta dana untuk mengerakkan parti Keadilan. Benar atau tidak? Bolehkah sebuah parti politik menerima dana atau sumbangan asing tanpa membuat penyistiharan?3. Lokman juga mendedahkan bagaimana Khalid Jaafar mempunyai wang berjuta ringgit di Citibank New York. Dari mana wang ini datang? Adakah dibuat pengiytiharan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri? Jika tidak, adakah ini ciri-ciri yang betul untuk menjadi sebuah parti yang kononnya ingin membawa perubahan kepada pemerintahan yang lebih telus dan terbuka?Pendedahan Lokman Nor Adam benar-benar menjejaskan PKR. Akibatnya Anwar terpaksa meminta orang kuatnya dan yang menjadi sasaran Lokman, Ezam Mohd Noor keluar parti dan menubuhkan Gerak.Bukankah ini satu usaha menutup cerita sebenar? Jika isu dalam PKR, sebuah parti kecil pun Anwar tidak boleh berlaku telus dan akauntabiliti, apakah kita percaya Anwar boleh mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik, telus dan terbuka?PKR juga perlu menjelaskan kepada umum terutama ahli parti mengenai apa yang terjadi kepada pelbagai dana yang disumbangkan. Lihat apa yang ditulis oleh bekas Pengendali Laman Web Free Anwar Campaign (FAC),
"One day, around August 2004, one of Anwar’s lawyers called me aside and asked me, “How much money has the Free Anwar Campaign (FAC) received from donors?” Not one cent, I replied. Okay, Wan Azizah did donate RM1,000 at the launch of the FAC in August 2000 and Anwar’s brother gave RM2,000 once in the five years that the FAC was in operation. Another supporter donated a notebook computer to replace the one that was confiscated by the police in March 2001. But that was about it.“But there are those who claim to be directors of the FAC who have received a lot of donations from all over the world. Don’t tell me they did not give you anything.”“With God as my witness, not a cent,” I replied.“What the hell!” the lawyer said. “They are using FAC’s name to collect money. If they are not passing you any, then you might as well just close the FAC. Why let them use the FAC to make money?”“I will close it the day Anwar walks free and not a day earlier,” I told the lawyer.Jika di dalam UMNO atau Barisan Nasional wujud korupsi dan kronisme ia adalah lumrah politik. Bila ada kuasa dan kekayaan maka di situ akan wujud masalah akhlak dan moral. Namun jika dalam parti yang miskin, kekurangan dana dan pengikut bergolok bergadai, pemimpin Keadilan/PKR "merompak" wang sumbangan untuk parti, apakah kita boleh percaya kepada mereka ini jika berkuasa?Anwar dan malaysia-TodayAnwar bercakap soal kebebasan bersuara dan mengkritik. Namun apakah Anwar sendiri mempraktikkannya? Sekali lagi kita tinggalkan sahaja cerita lama bagaimana Anwar meletakkan Johan Jaaffar dan Nazri Abdullah dalam media utama negara bagi menjaga kepentingan beliau. Anwar juga mengarahkan Nazri Abdullah menghentikan ruangan Biar Putih Tulang (Berita Harian) yang ditulis oleh Kadir Jasin menggunakan nama pena Kunta Kinte kerana ruangan tersebut pernah sekali mengkritik beliau. Kita tinggalkan juga cerita Anwar mengarahkan Utusan dan Berita Harian, supaya penulis-penulis dari tangki pemikirnya (think tank) seperti Sidiq Fadzil dan Rustam A. Sani diberi ruang yang luas untuk menulis tanpa disunting. Kita lupakan semua itu.Tapi Anwar selepas memperjuangkan ketelusan dan keterbukaan media turut menutup sebuah kolum kecil dalam Malaysia-Today.Kolumnis Malaysia-Today, Kirdatun menulis pada 3 Disember 2004,
"Tulisan terakhir untuk ruangan "Batu Giling" ini menemui pembaca seperti yang dijanjikan, seminggu sesudah menerima e-mel daripada editor Malaysia Today yang memaklumkan bahawa ada "orang-orang kuat" Anwar Ibrahim menuntut agar kolum ini "dilembutkan" atau ditutup terus.Selang beberapa hari, "orang besar" PKR yang khabarnya semakin kerap mendampingi Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada Raja Petra supaya mengarahkan "Batu Giling" melembutkan tulisan terhadap Anwar Ibrahim ataupun tutup sahaja ruangan ini. Lihatlah Anwar jika beliau mempunyai sedikit kuasa pun akan digunakan sepenuhnya, apatah lagi jika memerintah negara.Pada Mei 2007, Anwar dilaporkan berkata, "Saya sungguh kecewa kerana perkara ini dijadikan satu propaganda kotor. AS tidak pernah memberi satu sen pun kepada yayasan ini dan kami mempunyai bukti. Ini semua propaganda yang menggunakan akhbar-akhbar tempatan bagi memanipulasi keadaan." Percayakah sesiapa sahaja bahawa sebuah Yayasan yang ditubuh dan dirasmikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat tidak mendapat sesen pun sama ada secara langsung atau tidak langsung dari Rumah Putih?Ketelusan yang diperjuangkan oleh Anwar bukan sahaja bercorak artificial (palsu) malah mudah sekali dikesani penipuannya.Ditambah lagi dengan rekod politik Anwar ketika berada di dalam UMNO dahulu, maka jika ada sesiapa yang mengharap PKR dan Anwar akan menjadi lebih telus dan terbuka dari BN, hanya bermimpi di siang hari.

No comments: