Wednesday, January 9, 2008

Sandiwara Anwar dlm Pilihanraya ini

Anwar, Populariti Murahan Dan Sandiwara JanjiPosted on Wednesday, December 26 @ 15:50:16 MYT
Ajab (anwarisme.blogspot)
Kempen Anwar Ibrahim di Pulau Pinang beberapa hari lalu sekali lagi membuktikan Anwar bukan pemimpin untuk membangunkan negara tetapi pemimpin yang mencari populariti.
Sebab itu dalam beberapa isu kajian ke atas perjalanan politik Anwar yang dipanggil Anwarisme dalam blog ini, penulis menyatakan bahawa Anwar merupakan sejenis sesumpah atau kata orang utara Pokka.
Sesumpah atau Pokka ialah sejenis binatang yang dianugerahkan Allah keistimewaan bertukar warna kulit mengikut persekitarannya.
Menurut laporan Malaysiakini.com, dalam kempen Anwar di Pulau Pinang, beliau berjanji,
"PKR policies such as the abolishment of fees from primary to tertiary level for students from poor families and the lowering of the price of oil...
Turunkan Harga Minyak
Bukankah janji-janji Anwar ini mengelirukan dan tidak mungkin dilaksanakan? Ketika harga minyak dunia senang meningkat ke paras tertinggi, Anwar berjanji mahu menurunkannya di Malaysia.
Cakap sedemikian mungkin menyeronokan rakyat tetapi apakah ia boleh dilaksanakan selama-lamanya atau sekadar setahun dua sebelum menaikkannya kembali dengan kadar yang lebih besar.
Kenyataan ini juga aneh kerana ketika krisis kewangan 1997, Anwar merupakan penyokong kuat polisi International Monetary Fund (IMF) yang antara lain menyarankan penghapusan subsidi petrol dan lain-lain dasar perlindungan ekonomi?
Anwar tidak perlulah menunjukkan beliau pembela rakyat sedangkan pada 1997, dasar kewangan beliau termasuk menaikkan kadar faedah sehingga berbelas peratus telah menyebabkan ramai eksekutif muda muflis (hutang kad kredit), banyak syarikat perniagaan kecil tumbang atau ditelan oleh syarikat besar kerana menghadapi masalah hutang akibat kenaikan Kadar Faedah.
Banyak juga syarikat perniagaan "bungkus" kerana dasar ekonomi Anwar ketika itu sehingga ramai yang hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Jika dibandingkan sedikit kenaikan harga petrol sekarang dengan masalah kehilangan pekerjaan zaman Anwar dulu mana lebih baik?
Memang benar Anwar juga berjaya memacukan ekonomi negara antara tahun 1991 - 1996. Tapi bukankah ketika itu Anwar mewarisi fundemental ekonomi yang telah dibuat oleh Tun Daim Zainuddin?
Kejayaan Anwar pada tahun-tahun tersebut turut dibayangi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana ketika itu Anwar belum berani "menari". Anwar dilihat banyak mengikut telunjuk Dr. Mahathir dalam bidang ekonomi.
Namun krisis 1997 dilihat Anwar sebagai peluang terbaik beliau untuk menjadi peneraju baru ekonomi negara dan kepimpinan UMNO.
Sebagai Presiden Bank Dunia ketika itu, Anwar berucap menyokong polisi-polis IMF sekaligus secara lembut menempelak ucapan Mahathir dalam Forum Kewangan di Hong Kong pada 1997.
Sekarang Anwar mahu menurunkan harga petrol? Bukankah ini satu bentuk subsidi dan ekonomi perlindungan?
Hapuskan Yuran Pengajian Tinggi
Anwar berjanji untuk menghapuskan yuran pengajian tinggi jikan Parti Keadilan rakyat menang.
Apa yang Anwar buat ketika ia menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri? Perkenalkan Pengkorporatan Universiti bagi menjimat kewangan kerajaan!
Jika tidak kerana mendapat tentangan serius dari para mahasiswa Universiti Malaya ketika itu pastinya hari ini yuran pengajian Universiti Malaya akan naik berpuluh kali ganda.
Jadi mengapa bila tiada jawatan baru mahu berjanji yang muluk-muluk? Bukanlah bermakna kita mahu menafikan jasa-jasan Anwar dalam kerajaan atau kebolehan Anwar menjadi Menteri.
Cuma yang kita mahu nyatakan ialah, bercakap memang mudah, tapi untuk membuatnya bukanlah semudah cakap berbelit-belit memutarkan janji dan idea.
Anwar sudah diberi peluang tetapi beliau tidak melaksanakannya. Bukan beliau tidak mahu melaksanakannya tetapi beliau sendiri sedar bahawa ia tidak mungkin dapat dilaksanakan.
Justeru untuk apa beliau mengungkapkan janji-janji karut marut seperti ini?
Anwar Menjadi Hindu?
Anwar juga menyebarkan khabar angin palsu kononnya UMNO menuduh beliau menjadi Hindu. Ini politik lama Anwar. Membuat fitnah untuk diri sendiri bagi meraih simpati.
Tiada siapa pun yang mendakwa Anwar menjadi Hindu. Tiada ahli UMNO yang begitu bodoh untuk mendakwa Anwar menganut agama Hindu.
Tiada seorang manusia pun di Malaysia akan percaya Anwar akan menjadi Hindu biarpun kita tahu bekas Timbalan Perdana Menteri ini peminat nombor satu filem Hindi.
Jika ada pun cakap-cakap di Pulau Pinang sekarang ialah Anwar sudah menjadi penyokong Hindraf, sebuah kumpulan esktremis agama Hindu.
Cakap-cakap ini tidak dapat dielakkan kerana Anwar sendiri muncul di mahakamah Klang bagi memberi sokongan moral kepada P. Uthayakumar (pemimpin nombor satu Hindraf).
Anwar mungkin pro Hindraf tetapi bukan simpati kepada kaum India. Jika beliau simpati dan mengiktiraf kaum India tentulah PKR akan meletakkan calon dari kaum India dalam pilihan raya kecil Ijok beberapa bulan lalu.
Anwar boleh terus berucap dan berkempen, namun jika beliau mahu menang pilihan raya, beliau perlu realistik dan pragmatik bukannya idealis dan populis.
Ini kerana, sejauh mana pun idea yang popular dan muluk-muluk diutarakan oleh ahli politik, akhirnya selama 50 tahun, rakyat terus mengundi untuk dasar-dasar yang pragmatik dan realistik dengan keadaan negara baik dari segi kewangan mahu pun strtafikasi sosial masyarakat.
Pengundi Malaysia sungguhpun ramai yang meminati filem Hindi tetapi tidak berfikir seperti pengarah filem Hindi.

No comments: