Wednesday, January 9, 2008

Rakyat Terengganu serik di bawah pemerintahan PAS

Rakyat Terengganu Cukup Serik Pengalaman Empat Tahun Di Bawah PasPosted on Tuesday, January 08 @ 18:24:03 MYT
Oleh Lukman Abas
Kuala Terengganu -- Rakyat di negeri ini sudah cukup serik dengan pengalaman selama empat tahun di bawah pemerintahan Pas dan tidak mungkin mengulangi kesilapan yang serupa pada pilihanraya umum akan datang.
Malah rakyat di sini juga sudah dapat melihat dengan jelas betapa kegagalan Pas untuk membawa perubahan setelah 18 tahun memerintah Kelantan.
Demikian dinyatakan Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Yb Khazan Che Mat ketika mengulas sasaran Pas yang meletakkan negeri tersebut antara negeri yang bakal ditawan pada pilihanraya umum akan datang.
Tegas beliau tiada apa yang boleh dibanggakan Pas ketika memerintah negeri ini melainkan sejarah pemerintahan yang penuh dendam termasuk tindakan zalim menghalau kanak-kanak tadika keluar dari bangunan tempat mereka belajar.
"Apa yang mereka mampu tawarkan untuk rakyat Terengganu yang ketika ini telah menikmati pelbagai perubahan dan kemakmuran di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Adakah mereka mahu mengajak rakyat di negeri ini melihat negeri Kelantan di bawah pemerintahan mereka?.
"Bayangkan sejak mereka memerintah selama 18 tahun di Kelantan tiada sebuah masjid pun dibina. Apakah ini satu model pemerintahan yang baik", katanya.
Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas, Salahuddin Ayub yang mendakwa tiga negeri iaitu Perlis, Kedah termasuk Kelantan akan jatuh ke tangan Pas pada pilihan raya umum nanti.
Khazan yang juga Ketua Pemuda UMNO Setiu seterusnya berkata rakyat di negeri ini sudah muak dengan pelbagai retorik kosong yang ditaburkan Pas.
"Kita faham Pas terpaksa membuat kenyataan (tawan Terengganu) itu untuk menyuntik semula moral di kalangan ahlinya yang kini kian lentur untuk berdepan pilihanraya umum", ujarnya.

No comments: